Ciri-ciri Kafe siber

Kafe siber boleh didapati di seluruh dunia tetapi lebih banyak tertumpu di kawasan bandar. Kebanyakan pengguna menggunakan khidmat kafe siber semasa melancong bagi memeriksa e-mel dan perkhidmatan mesej segera. Selain itu, pengguna yang tidak mempunyai capaian internet di rumah juga banyak yang menggunakan khidmat kafe siber. Kebanyakan kafe siber turut menyediakan permainan atas talian yang membolehkan pengguna bermain melalui sambungan LAN, popular di negara-negara Asia.

Lazimnya, semua komputer di kafe siber dihubungkan melalui sambungan LAN. Setiap komputer dipasang dengan perisian khas yang membolehkan komputer di kaunter mengawal setiap komputer di dalam kafe siber. Pekerja kaunter boleh menetapkan masa penggunaan, menambah masa penggunaan, menutup komputer serta mengunci komputer secara automatik apabila masa penggunaan tamat.

Terdapat juga kafe siber yang turut menyediakan perkhidmatan mencetak serta mengimbas imej.